
Pangsi : 1.1612.
Pasangan mata wang EUR/USD ini akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 1.1612. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.1612, yang mewakili Penarikan Semula Fibonacci 78.6% dalam carta 1H. Harga berkemungkinan telah membentuk 'double bottom'. Hari ini, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 1.1612, sementara rintangan segera pada 1.1697. oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD kini menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 1.1697. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap 1.1697 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1782 untuk menguji rintangan harian 1 dan bergerak lebih jauh ke tahap 1.1865. Selain itu, tahap 1.1865 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk 'double top' baru. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran menaik; untuk itu, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan meningkat dari tahap 1.1697 kepada 1.1865 pada hari ini. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.1612, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 1.1500 boleh berlaku, yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.