
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 1.3135, yang bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan aliran menaik. Oleh yang demikian, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 1.3135 sebagaimana harga masih menunjukkan pengukuhan harga di atas tahap tersebut.
Sehubungan itu, paasangan mata wang USD/CAD ini masih dinigakan dalam aliran menaik dari zon harga 1.3135 dan 1.3187. Harga diniagakan dalam aliran menaik dari garis sokongan terakhir 1.3135 ke arah tahap rintangan pertama pada 1.3203 untuk mengujinya.
Ini disahkan oleh isyarat penunjuk RSI bahawa pasangan mata wang ini masih dalam pasaran aliran menaik. Sekarang, pasangan ini dijangka akan memulakan pergerakan menaik hingga ke tahap 1.3242 dan seterusnya ke tahap 1.3289.
Tahap 1.3289 akan bertindak sebagai rintangan kedua dan 'double top' sudah ditetapkan pada tahap 1.3289. Pada masa yang sama, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 1.3135 dan 1.3088, senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal. Namun secara keseluruhan, kami masih lebih cenderung terhadap senario kenaikkan harga.