
Pada April, penembusan penurunan harga pada tahap 0.7220-0.7170 (julat pengukuhan pada had yang lebih rendah) telah membenarkan penurunan harga segera ke arah tahap 0.6700-0.6800, di mana julat pengukuhan sempit telah ditubuhkan.
Pada 7 Julai lalu, penolakan kenaikkan harga yang jelas telah menolak pasangan mata wang NZD/USD untuk diniagakan di atas tahap 0.6820 buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, kekurangan momentum aliran menaik telah menyebabakan pengukuhan harga gagal dikekalkan di atas tahap 0.6700.
Pada 9 Ogos lalu, penembusan penurunan harga di bawah julat pengukuhan yang digambarkan (0.6700-0.6840) telah berlaku. Sekaligus membenarkan penurunan harga semasa ke arah tahap 0.6600-0.6570.
Prospek dagangan bagi pasangan mata wang NZD/USD telah bertukar menjadi aliran menurun. Aliran menurun mensasarkan pergerakkan ke arah tahap 0.6520 dan 0.6480.
Baru-baru ini, isyarat awal pemulihan kenaikkan telah dinyatakan di sekitar tahap rendah mingguan/bulanan berhampiran 0.6550. Ini telah membenarkan penarikan semula menaik berlaku ke tahap 0.6700.
Penolakan penurunan harga yang jelas telah dinyatakan di sekitar tahap 0.6700 (zon permintaan yang telah ditembusi dan bahagian belakang penembusan aliran) di mana penurunan harga semasa dimulakan.
Pada masa ini, tahap harga 0.6550 kekal sebagai tahap permintaan yang ketara sebelum penurunan harga yang selanjutnya boleh berlaku ke arah tahap 0.6420.
Cadangan Perdagangan: Pedagang berisiko disyorkan untuk menunggu penurunan harga di bawah tahap 0.6550 (tahap utama). Ia akan menawarkan peluang pesanan MENJUAL berisiko tinggi. T/P awal perlu diletakkan di sekitar tahap 0.6420 (Lanjutan Fibonacci 100%).