Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Fundamental AUD/USD untuk 12 September 2018

parent
Analisis Forex:::2018-09-13T01:20:55

Analisis Fundamental AUD/USD untuk 12 September 2018

Pasangan mata wang AUD / USD telah sedikit tidak menentu di tengah-tengah momentum kenaikan harga selepas menembusi di bawah kawasan 0.7150 dengan penurunan harga impulsif setiap hari baru-baru ini. USD telah menjadi mata wang dominan dalam pasangan ini. Walau bagaimanapun, meskipun terdapat laporan pekerjaan yang positif baru-baru ini, USD telah bergelut untuk mengekalkan momentum positif di tengah-tengah laporan ekonomi.

AUD sedikit bercampur dengan laporan ekonomi baru-baru ini yang mencetuskan pembetulan dan kebimbangan tertentu dalam pasangan itu. Menjelang laporan ekonomi yang memberikan impak/kesan tinggi yang akan diterbitkan pada hari esok, AUD dijangka terus tidak menentu dan ketidakpastian dalam proses tersebut. Laporan Perubahan Pekerjaan Australia pada hari esok akan dikeluarkan yang dijangka meningkat kepada 16.5k dari angka sebelumnya iaitu -3.9k dan Kadar Pengangguran dijangka tidak berubah pada 5.3%.

Sebaliknya, laporan PPI Amerika Syarikat pada hari ini diterbitkan dengan penurunan kepada -0.1% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.0% yang dijangka meningkat kepada 0.2% dan Teras PPI juga menurun kepada -0.1% daripada nilai sebelumnya sebanyak 0.1% yang dijangka meningkat kepada 0.2%. Selain itu, laporan Inventori Minyak Mentah pada hari ini akan dikeluarkan yang dijangka meningkat kepada -1.3 juta daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak -4.3 juta. Selain itu, Brainard yang merupakan Ahli FOMC akan bercakap mengenai keputusan dasar kewangan yang akan datang.

Sementara itu, USD telah bergelut untuk kenaikkan di tengah-tengah laporan ekonomi baru-baru ini, manakala sebarang angka positif laporan Pekerjaan Australia yang akan datang dijangka menyuntik momentum kepada kenaikan harga impulsif dalam pasangan itu, mendorong keuntungan lebih jauh berbanding USD dalam proses pada tempoh masa yang terdekat.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran harga telah cukup menaik dengan tindakan harga baru-baru ini setelah menembusi di bawah tahap 0.7150 dengan sesi penutupan harian. Harga telah membentuk Perbezaaan Tetap Kenaikkan (Bullish Regular Divergence) baru-baru ini yang menunjukkan momentum kenaikkan harga selanjutnya dalam pasangan sebelum menolak ke tahap yang lebih rendah lagi bersama dengan aliran. Penutupan harian di atas kawasan 0.7150 akan membawa momentum kenaikan harga impulsif dengan sasaran ke arah kawasan 0.7250 sebelum menolak ke tahap yang lebih rendah.

SOKONGAN: 0.7050

RINTANGAN: 0.7150, 0.7250, 0.7500

KECENDERUNGAN: MENURUN

MOMENTUM: VOLATILITI

Analisis Fundamental AUD/USD untuk 12 September 2018

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...