
Gambaran Keseluruhan:
Seperti yang diramalkan, pasangan mata wang USD/CAD ini telah meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari kawasan harga 1.2982 dan 1.3088. Semalam, pasangan mata wang ini telah turun dari tahap 1.3088 menghampiri ke tahap 1.2982. Tahap 1.3088 adalah bertepatan dengan Fiboancci 50% pada carta 4H. Hari ini, rintangan dilihat berada pada tahap 1.3041 dan 1.3088. Oleh yang demikian, kami menjangkakan bahawa harga akan ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 1.3041 dan 1.3088; sebagaimana harga kini berada dalam saluran penurunan harga.
Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga dilihat masih bergerak di antara tahap 1.3088 dan 1.3041. Secara keseluruhannya, kami masih memilih senario penurunan harga selagi harga diniagakan di bawah tahap 1.3041. Sementara itu, sekiranya pasangan mata wang USD/CAD ini berjaya menembusi bahagian bawah pada tahap 1.2989, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan sehingga mencecah ke tahap 1.2934 (sokongan harian 2). Selain itu, harga akan jatuh dalam trend menurun menuju ke arah sokongan kuat pada tahap 1.2887 untuk mengujinya semula. Tahap 1.2887 akan membentuk 'double bottom'. Sebaliknya, jika harga menutup di atas tahap rintangan yang kuat pada 1.3088, lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan stop loss adalah di atas tahap 1.3100;