
Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana bahagian kanan bahu sedang dalam proses.
Baru-baru ini, tahap harga 1.1500 menawarkan pemulihan kenaikkan harga sementara ke arah tahap 1.1750. Pasangan mata wang EUR/USD telah gagal untuk meneruskan pergerakkan ke arah sasaran menaik yang lebih tinggi. Sebaliknya, tahap tinggi menurun telah ditubuhkan sekitar tahap 1.1800.
Walau bagaimanapun, 1.1520 kekal sebagai tahap permintaan yang ketara di mana penarikan semula menaik ke tahap 1.1700 telah dimulakan.
Minggu lalu, satu lagi pergerakan kenaikan harga telah ditunjukkan ke arah had atas julat harga (1.1750) yang digambarkan dalam graflilin penurunan 'shooting-star' harian sekaligus mencerminkan isyarat awal penolakan menurun.
Merujuk kepada carta harian, pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat terperangkap di antara tahap teknikal yang digambarkan (1.1750 - 1.1500). Sebagaimana prospek penurunan harga telah mendominasi pasaran, pasangan mata wang ini perlu kekal diniagakan di bawah tahap 1.1750.
Sementara itu, pedagang konservatif harus menjangkakan kesinambungan aliran menaik ke arah tahap 1.1850 sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan dagangan di atas tahap 1.1750.