Pasangan mata wang EUR/USD ini telah diniagakan sebaliknya seperti yang kita TIDAK mahu lihat. Melantun ke tahap 1.18, ditolak dan kemudian didorong kembali untuk diniagakan di bawah tahap 1.17. Kemungkinan terakhir untuk aliran menaik EUR/USD adalah untuk mengukuh di atas tahap 1.16 dan tidak lama lagi akan memulakan pergerakkan menaik yang baru. Pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat sedang menguji tahap sokongan utama pada hari ini.

Garis Oren - rintangan kekuatan sederhana
Titik Merah - rintangan kekuatan maksimum
Pasangan mata wang EUR/USD telah menembusi tahap sokongan 1.17 dan 1.1660. Aliran dagangan jangka pendek telah berubah kepada penurunan harga. Penolakan pada tahap 1.18 adalah merupakan isyarat penurunan harga yang sangat penting dan saya yakin bahawa pembetulan itu tidak akan menjadi pembetulan harga yang kecil untuk pasangan mata wang EUR/USD. Saya percaya bahawa pasangan mata wang EUR/USD kini berpotensi untuk jatuh di bawah tahap 1.16 dan seterusnya ke arah tahap 1.15. Sekiranya kita melihat beberapa tindakan membina untuk aliran menaik, aliran penurunan harga akan terkawal. Gambaran dagangan jangka panjang adalah menaik dan kami meramalkan tahap rendah utama akan dibentuk di sekitar tahap 1.15-1.1450.