
Pasangan mata wang AUD/USD ini diramalkan akan meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.7233 dalam dagangan jangka panjang. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa sokongan telah ditetapkan pada tahap 0.7233 yang mewakili Penarikan Semula Fibonacci 50% pada carta 4H. Harga diramalkan akan membentuk 'double bottom' dalam carta yang sama. Oleh itu, pasangan mata wang AUD/USD kini menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.7260. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7260 dengan sasaran pertama pada tahap 0.7309 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 0.7346. Di samping itu, ia mungkin diperhatikan bahawa tahap 0.7379 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan keuntungan kerana ia akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang AUD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7233, penurunan seterusnya ke tahap 0.7153 dijangkakan yang akan menunjukkan pasaran menurun.