
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang AUD/USD ini diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.7233 dalam dagangan jangka panjang. Perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditubuhkan pada tahap 0.7233 yang mewakili Penarikan Semula Fibonacci 50% pada carta 4H. Harga mungkin akan membentuk 'double bottom' pada carta yang sama. Dengan itu, pasangan mata wang AUD/USD menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga berikutan penembusan pada tahap tinggi 0.7260. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7260 dengan sasaran pertama pada tahap 0.7309 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 0.7346. Di samping itu, ia mungkin diperhatikan bahawa tahap 0.7379 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan Take Profit kerana ia akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang AUD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7233, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7153 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran aliran menurun.