Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Oktober, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-10-02T10:31:52

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Oktober, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Oktober, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Seperti yang diramalkan, pasangan mata wang EUR/USD telah meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari zon harga 1.1620 dan 1.1559. Semalam, pasangan mata wang ini telah jatuh dari tahap 1.1620 menghampiri ke tahap 1.1500, yang mana ia adalah bertepatan dengan Fibonacci 38.2% pada carta harian. Hari ini, rintangan dilihat terletak pada tahap 1.1559 dan 1.1620. Oleh itu, kami menjangkakan bahawa harga akan ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 1.1620 dan 1.1559; sebagaimana harga kini dilihat berada dalam saluran penurunan harga. RSI mula menandakan aliran menurun. Oleh itu, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.1559 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1422 dan seterusnya ke tahap 1.1360 untuk menguji sokongan harian. Sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi sokongan harian pada tahap 1.1559, pasaran diramalkan akan meneruskan aliran menurun sehingga mencapai tahap 1.1422 untuk menghampiri tahap sokongan 2 pada hari ini. Walau bagaimanapun, tahap 1.1620 dan 1.1559 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh itu, aliran harga akan kekal melemah selagi tahap 1.1620 ini tidak ditembusi oleh pasangan mata wang EUR/USD.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...