Pasangan mata wang EUR/USD ini telah menyentuh garis aliran sokongan yang kami nyatakan semalam untuk kali ke-8 dan harga melantun dengan kuat dari tahap 1.1505 hingga ke tahap 1.1590. Harga membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi dalam dagangan jangka pendek. Aliran menurun perlu mengukuh di atas tahap 1.1534 bagi mmebolehkan aliran menaik jangka pendek dikekalkan.

Garis merah - rintangan utama
Garis biru - sokongan utama
Pasangan mata wang EUR/USD sedang melantun. Rintangan seterusnya dilihat terletak pada tahap 1.1630. Sokongan terletak pada tahap 1.1530-1.15. Lantunan harga yang lebih tinggi akan diteruskan di atas tahap 1.1530. Saya menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan bergerak lebih tinggi beberapa minggu yang akan datang di atas garis rintangan merah. Paras rendah semasa akan menjadi penting, tetapi ini akan lebih pasti jika harga berjaya menembusi di atas tahap 1.163