Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 04 Oktober, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-10-05T01:53:34

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 04 Oktober, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 04 Oktober, 2018

Pada 13 September lalu, pasangan mata wang GBP/USD dilihat sedang menguji garis aliran menurun yang digambarkan akan ditembusi sekitar tahap 1.3025-1.3090. Sejak daripada itu, pasangan mata wang ini telah berjaya membuat penembusan menaik.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada carta 4H, pasaran gagal mengekalkan aliran menaik dalam saluran kenaikkan harga yang digambarkan pada carta 4H. Had yang lebih rendah pada saluran yang digambarkan (yang akan menemui pasangan mata wang GBP/USD sekitar tahap 1.3190) gagal menawarkan permintaan kenaikkan harga yang mencukupi.

Oleh itu, prospek dagangan jangka pendek pasangan mata wang GBP/USD telah bertukar menjadi penurunan ke arah tahap 1.3010 (Fibonacci 50%) dan 1.2940 (tahap permintaan semasa).

Seperti yang dijangkakan, tahap harga 1.3190 (bahagian belakang saluran kenaikkan harga yang ditembusi) telah menawarkan penolakan penurunan harga yang ketara dan kemasukan pesanan MENJUAL yang sah kini sedang berjalan untuk keuntungan.

Sementara itu, tahap harga (1.3010-1.3090) adalah bersamaan dengan Fibonacci 50% dan 61.8%. Pada masa ini, tahap harga telah bertukar menjadi tahap bekalan yang perlu diperhatikan untuk tindakan harga menurun pada ujian semula harga.

Penurunan harga di bawah tahap 1.3010 (Fibo 50%) harus dipertahankan bagi membolehkan pasangan mata wang ini meneruskan pergerakkan ke arah sasaran penurunan harga yang lebih rendah.

Oleh yang demikian, pasangan mata wang GBP/USD ini akan mempunyai sasaran penurunan jangka pendek sekitar tahap 1.2900 dan 1.2940 (bahagian belakang penembusan menurun harian dan zon permintaan 4H ketara) dan kemungkinan sekitar tahap 1.2845 sekiranya tekanan harga yang mencukupi ditunjukkan.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...