
Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana bahagian kanan bahu sedang dalam proses (graflilin penyelubungan penurunan harga semasa mingguan).
Pada 10 September lalu, tahap harga 1.1500 telah menawarkan pemulihan kenaikkan sementara. Satu lagi pergerakan kenaikkan telah ditunjukkan ke arah had atas julat harga (1.1750). Walau bagaimanapun, aliran menaik EUR/USD gagal diteruskan ke arah sasaran kenaikan harga yang lebih tinggi.
Sebaliknya, penolakan penurunan harga jelas ditunjukkan pada carta harian. Pergerakan menurun baru-baru ini sedang berlaku ke arah tahap 1.1520 (had lebih rendah pada julat pengukuhan).
Untuk membolehkan pasaran penurunan harga menjadi dominan, pasangan mata wang EUR/USD sepatutnya dapat menolak di bawah tahap 1.1520. Sasaran penurunan harga pertama akan terletak di sekitar tahap 1.1420 dan diikuti tahap 1.1275 sekiranya momentum penurunan harga yang mencukupi dinyatakan.
Sementara itu, penutupan semula di atas tahap 1.1520 akan mendorong pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan dalam julat pengukuhan yang digambarkan (1.1520-1.1750) sehingga penembusan harga berlaku pada mana-mana arah.