
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang (NZD/USD) diniagakan rendah dari paras 0.6539 menghampiri ke tahap 0.6483 pada minggu ini. Hari ini, pasangan mata wang NZD/USD telah menguji sokongan yang kuat pada tahap 0.6483. Oleh yang demikian, sokongan yang kuat telahpun ditembusi pada tahap 0.6483 dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan cuba untuk mendekatinya untuk mengujinya semula dan membentuk 'double bootm'. Oleh yang demikian, pasangan mata wang NZD/USD meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap sokongan baru 0.6483; untuk membentuk saluran kenaikkan harga. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan bergerak di antara tahap 0.6483 dan 0.6390. Juga, perlu diperhatikan bahawa rintangan utama terletak pada tahap 0.6575, manakala rintangan segera didapati pada tahap 0.6539. Kemudian, harga diramalkan akan menguji tahap 0.6390 tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 0.6539, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 0.6539. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan mendorong harga untuk diniagakan lebih tinggi lagi ke tahap 0.6575. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6539 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6575; dan dikuti tahap 0.6604. Sebaliknya, sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini gagal menembusi tahap rintangan 0.6575; pasaran berkemungkian besar akan meneruskan dagangan menurun sehingga mencecah ke tahap 0.6390.