
Pada 13 September lalu, pasangan mata wang GBP/USD dilihat sedang menguji garis aliran menurun yang digambarkan akan ditembusi sekitar tahap 1.3025-1.3090. Sejak daripada itu, pasangan mata wang ini telah berjaya membuat penembusan menaik.
Pada 21 September lalu, prospek dagangan jangka pendek GBP/USD telah bertukar menjadi penurunan harga ke arah tahap 1.3010 (Fibonacci 50%) dan 1.2940 (tahap permintaan semasa) di mana bahagian belakang penembusan aliran menaik telah diuji semula.
Baru-baru ini, paras harga 1.2900-1.2940 (bahagian belakang aliran menaik yang ditembusi) menunjukkan pemulihan kenaikkan harga yang signifikan dan telah mendorong pasangan mata wang ini untuk membuat penembusan menaik pada saluran carta 4H yang digambarkan.
Bagi memastikan senario penembusan kenaikan harga kekal sah, tahap harga 1.3010 (Fibo 50%) akan menunjukkan tekanan kenaikkan harga yang signifikan untuk pasangan mata wang GBP/USD bagi membolehkan harga bergerak lebih tinggi ke arah tahap 1.3210 dan 1.3290.
Sementara itu, ketahanan aliran menaik di atas tahap 1.3200 (ZON MENJUAL) diperlukan untuk mengekalkan momentum kenaikkan harga yang mencukupi. Jika tidak, pasangan mata wang ini akan kekal terperangkap di antara tahap 1.3200 dan 1.3090.
Mana-mana penembusan aliran menurun di bawah tahap 1.3000 akan membatalkan senario pergerakan menaik sekaligus membolehkan penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap 1.3010 dan 1.2910 (paras rendah mingguan sebelumnya) berlaku.