
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD menyaksikan penurunan dari tahap 0.6540 menghampiri ke arah bawah 0.6483. Hari ini, pasangan mata wang NZD/USD telah menghadapi sokongan yang kuat pada tahap 0.6483. Oleh yang demikian, sokongan yang kuat telahpun ditembusi pada tahap 0.6483 dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan cuba untuk mendekatinya untuk mengujinya semula dan membentuk 'double bottom'. Oleh itu, pasangan mata wang NZD/USD kini meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap sokongan baru 0.6483; untuk membentuk saluran kenaikkan harga. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan bergerak di antara tahap 0.6483 dan 0.6390. Juga, perlu diperhatikan bahawa rintangan utama dilihat terletak pada tahap 0.6575, manakala rintangan segera didapati pada tahap 0.6539. Kemudian, pasangan mata wang ini diramalkan akan menguji tahap 0.6390 tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya melepasi tahap 0.6539, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 0.6539. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan menggerakkan pasangan mata wang NZD/USD ke tahap yang lebih tinggi pada 0.6575. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6539 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6575; dan diikuti pada tahap 0.6604. Sebaliknya, sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini gagal melepasi tahap rintangan 0.6575; pasaran akan melanjutkan aliran menurun sehingga mencapai ke tahap 0.6390 (sokongan 2).