Emas akhirnya telah menembusi di atas julat dagangan yang telah dibangunkan dalam tempoh hampir sebulan. Penembusan harga ini adalah merupakan isyarat kenaikan harga dan kami akan dapat melihat harga bergerak lebih tinggi ke arah tahap $1,240-60 dalam beberapa minggu-minggu yang akan datang.

Garis merah - julat dagangan (ditembusi)
Garis hijau - saluran penurunan harga jangka panjang
Emas telah menembusi di atas julat dagangan. Sokongan kini berada pada tahap rintangan terdahalu iaitu pada tahap $1,211. Sokongan seterusnya terletak pada tahap $1,184. Kami akan melihat penarikan semula harga ke arah tahap $1,215-13, walau bagaimanapun, kenaikan harga akan berlanjutan sehingga ke minggu hadapan. Sasaran pertama yang ditetapkan pada tahap $1,220 telah ditembusi. Pengukuhan harga di atas tahap $1,210 berkemungkinan akan membuka jalan untuk harga mensasarkan ke tahap $1,240-50. Rintangan kini terletak pada tahap tinggi semalam. Penembusan harga pada tahap rintangan ini akan meningkatkan peluang untuk emas mencapai tahap sasaran kedua.