Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Oktober, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-10-12T08:58:38

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Oktober, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Oktober, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.9875. Pasangan mata wang ini melonjak dari tahap 0.9875 menghampiri ke tahap 0.9865. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.9865, dan diikuti oleh tahap 0.9922, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 0.9743 (Penarikan Semula Fibonacci 61.8%). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF masih bergerak di antara tahap 0.9875 dan 0.9999; oleh itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 124 pips. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.9865, harga berkemungkinan besar akan melonjak ke arah rintangan kedua (0.9922) untuk mengujinya. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9865 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9922 untuk menguji rintangan harian 2 dan selanjutnya ke tahap 0.9963. Selain itu, ia adalah penting untuk diperhatikan bahawa tahap 0.9963 adalah merupakan lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk 'double top' yang baru. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.9875, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.9743 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...