Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Fundamental EUR/AUD untuk 24 Oktober 2018

parent
Analisis Forex:::2018-10-24T10:08:39

Analisis Fundamental EUR/AUD untuk 24 Oktober 2018

Pasangan mata wang EUR / AUD telah menjadi impulsif dengan kenaikan harga sejak dagangan mata wang itu kembali melantun di kawasan 1.6350 dengan sesi penutupan harian dalam arah aliran menaik yang kuat sebelumnya. dagangan mata wang AUD pada ketika ini merupakan mata wang yang lebih kuat dalam pasangan yang mungkin membawa kepada tekanan penurunan harga walaupun kenaikan harga baru-baru ini di luar kawasan 1.6050.

Walaupun EURO telah menjadi mata wang yang dominan dalam pasangan itu tetapi baru-baru ini, disebabkan oleh beberapa isu ekonomi EURO, mata wang itu sedang berusaha untuk mendapatkan momentum berbanding AUD dengan kemampanan yang lebih baik. Defisit Belanjawan Itali telah menjejaskan keuntungan EURO pada tahap tertentu dan baru-baru ini telah ditolak oleh Kesatuan Eropah kerana mereka mendakwa bahawa pihaknya melanggar peraturan EU mengenai Perbelanjaan Umum dan meminta Rom untuk menyerahkan satu lagi defisit belanjawan sehingga tiga minggu atau mereka akan berhadapan dengan tindakan disiplin. Hari ini laporan PMI Pembuatan Terkini EURO akan diterbitkan yang dijangka berkurang sedikit kepada paras bacaan sebanyak 52.4 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 52.5, PMI Perkhidmatan Terkini Perancis akan dijangka menurun sedikit kepada paras bacaan sebanyak 54.7 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 54.8, PMI Pembuatan Terkini Jerman dijangka berkurang kepada bacaan sebanyak 53.4 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 53.7 dan PMI Perkhidmatan Terkini Jerman juga dijangka berkurangan kepada paras bacaan sebanyak 55.5 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 55.9. Di samping itu, PMI Perkilangan Terkini EURO dijangka berkurangan kepada paras bacaan sebanyak 53.0 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 53.2 dan PMI Perkhidmatan Terkini Eropah dijangka berkurangan kepada paras bacaan sebanyak 54.5 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 54.7.

Pada sudut bahagian mata wang AUD, Penolong Gabenor RBA Debelle dan Bullock baru-baru ini bercakap tentang cabaran baru-baru ini dalam ekonomi yang digambarkan jauh lebih buruk daripada keadaan sebenar. Walaupun laporan Perubahan Pekerjaan yang diterbitkan pada minggu lepas mempunyai gambaran yang menyeluruh penurunan Pengangguran daripada catatan 5.3% hingga 5.0% juga merupakan faktor yang luar biasa yang perlu dipertimbangkan. Walaupun minggu ini tidak terdapat laporan ekonomi yang berdaya maju yang akan diterbitkan untuk mata wang AUD yang mempunyai perspektif agresif yang kuat untuk ekonomi dari Penolong Gabenor yang membuat pasaran cenderung mengikuti mata wang ke arah keuntungannya.

Sehingga senario semasa, laporan ekonomi EURO yang belum diterbitkan dijangka agak dinantikan sedangkan AUD telah sedikit positif dengan ucapan baru-baru ini dari para pegawai RBA. Walaupun EURO mempunyai peluang tertentu untuk menolak ke atas semula tetapi susulan daripada sentimen pasaran memihak kepada AUD untuk pernyataan hawkish dari para pegawai, EURO perlu memberikan hasil yang lebih baik mengenai laporan ekonomi dan peristiwa yang akan datang untuk pertumbuhan yang kukuh untuk masa depan.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga baru-baru ini melantun kawasan 1.6050 dengan sesi penutupan harian selepas tekanan pergerakan menurun dari kawasan 1.6350. Pada masa ini, harga berada di bawah paras dinamik 20 EMA selepas tekanan pergerakan menurun yang membawa kepada penolakan kenaikkan harga yang tinggi semalam dengan sesi penutupan harian yang menunjukkan momentum penurunan harga selanjutnya pada masa akan datang. Berikutan daripada harga kekal di bawah kawasan 1.6350 dengan sesi penutupan harian, terdapat kemungkinan harga bergerak ke tahap yang lebih rendah ke arah kawasan 1.6050 dan seterusnya ke arah kawasan 1.5900 pada masa akan datang.

SOKONGAN: 1.5900, 1.6050

RINTANGAN: 1.6350, 1.6500

KECENDERUNGAN: MENURUN

MOMENTUM: VOLATILITI

Analisis Fundamental EUR/AUD untuk 24 Oktober 2018

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...