
Pada 13 September lalu, garis arah aliran menurun harian yang menembusi sekitar tahap 1.3025-1.3090 telah gagal menawarkan tekanan penurunan harga yang mencukupi bagi pasangan mata wang ini. Sejak daripada itu, pasangan mata wang ini telah berjaya membuat penembusan menaik.
Pada 21 September lalu, pasangan mata wang GBP/USD gagal menunjukkan momentum kenaikkan yang mencukupi di atas tahap 1.3296. Tinjauan jangka pendek telah bertukar menjadi aliran menurun dalam saluran penurunan harga 4H yang digambarkan untuk menguji bahagian belakang aliran menaik yang ditembusi.
Ketahanan aliran menurun di bawah tahap 1.2970 (Fibo 50%) telah mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah ke arah tahap 1.2790 di mana had lebih rendah saluran pergerakkan dan Fibonacci 79.8% terletak.
Berdasarkan kepada carta 4H. pasangan mata wang GBP/USD kelihatan 'oversold' sekitar tahap semasa (1.2800). Kemasukan pesanan menjual adalah disyorkan pada keadaan semasa.
Bagi memastikan senario penembusan kenaikan harga kekal sah, kenaikkan harga di atas tahap 1.2790 dan penembusan harga awal di atas 1.3000 (Fibo 50%) adalah wajib untuk mengekalkan momentum kenaikkan harga yang mencukupi ke arah tahap 1.3200.
Pedagang konservatif dicadangkan untuk mengambil pesanan MEMBELI yang sah di sekitar tahap semasa 1.2790-1.2800. S/L sepatutnya berada di bawah tahap 1.2730. T/P terletak sekitar tahap 1.2900 dan 1.3000.