Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 30 Oktober, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-10-30T10:29:21

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 30 Oktober, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 30 Oktober, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan menurun dari kawasan 1.1475 dan 1.1422. Minggu lalu, pasangan mata wang ini telah menyaksikan penurunan dari tahap 1.1475 ke tahap 1.1356. Hari ini, rintangan dilihat terletak pada tahap 1.1422 dan 1.1475. Oleh yang demikian, kami menjangkakan bahawa harga akan ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 1.1475 dan 1.1422; sebagaimana harga kini dilihat berada dalam saluran penurunan harga. Juga, perlu diingatkan bahawa tahap 1.1457 adalah bersamaan dengan Fibonacci 38.2% pada carta 4H. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 1.1422 dan 1.1300. Secara keseluruhannya, kami masih cenderung memilih senario penurunan harga selagi harga diniagakan di bawah tahap 1.1422. Selain itu, jika pasangan mata wang EUR/USD berjaya menembusi di bawah tahap 1.1356, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan harga ke tahap 1.1295. Sebaliknya, jika harga ditutup di atas rintangan yang kuat pada 1.1475, lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan stop loss adalah di atas tahap 1.1475.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...