Pasangan mata wang AUD / USD telah sedikit diniagakan dalam keadaan tidak menentu dan membetulkan antara kawasan 0.7050 hingga 0.7151 selama tempoh beberapa minggu berturut-turut selepas aliran penurunan harga yang tidak menentu. Niaga mata wang USD telah mengatasi AUD sejak awal tahun ini. USD masih dapat mengekalkan momentum meskipun terdapat tekanan ekonomi.
Dagangan AUD telah bergelut untuk keuntungan di tengah-tengah laporan ekonomi baru-baru ini yang tidak dapat melepasi jangkaan. Kesan daripada itu, pertumbuhan harga adalah terhad. Laporan Kelulusan Bangunan Australia yang baru-baru ini diterbitkan dengan peningkatan kepada 3.3% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak -8.1% tetapi gagal memenuhi jangkaan sebanyak 3.8%. Laporan CPI Australia pada hari ini diterbitkan dengan tidak berubah pada catatan sebanyak 0.4% yang dijangka meningkat kepada 0.5%, laporan CPI Pengurangan Pertengahan diterbitkan tidak berubah seperti yang dijangkakan pada catatan sebanyak 0.4% dan Kredit Sektor Swasta menurun kepada 0.4% seperti yang dijangkakan daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.5%. Menjelang laporan Imbangan Perdagangan dan Jualan Runcit yang akan berakhir lewat minggu ini, AUD mungkin akan bergelut dengan lebih jauh dalam prosesnya.
Pada sudut bahagian mata wang USD, menjelang laporan NFP yang akan diterbitkan pada hari Jumaat, USD telah agak positif dengan laporan ekonomi baru-baru ini. Baru-baru ini Keyakinan Pengguna CB telah diterbitkan dengan peningkatan kepada 137.9 daripada angka sebelumnya iaitu sebnayak 135.3 yang dijangka berada pada 136.3. Laporan Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang ADP pada hari ini akan diterbitkan yang dijangka berkurangan kepada 188k daripada angka sebelumnya iaitu 230k, Indeks Kos Pekerjaan dijangka meningkat kepada 0.7% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.6%, PMI Chicago dijangka menurun kepada 60.1 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 60.4, dan Inventori Minyak Mentah juga dijangka berkurangan kepada 3.6M daripada angka sebelumnya iaitu 6.3M.
Sementara itu, Australia menyediakan laporan ekonomi yang lebih buruk daripada yang dijangkakan pada hari ini yang pasti berlaku penurunan untuk mata wang Australia. Sebaliknya, USD memperoleh sokongan daripada laporan ekonomi yang meningkat dari Amerika Syarikat (AS). Penganalisis beranggapan angka tegas dalam laporan hari ini. Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja AS akan melepaskan laporan mengenai kepentingan utama pada hari Jumaat yang juga dijangka cukup bercampur dan tiada kepastian. Sebagai tambahan, mata wang USD mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengekalkan keuntungan berbanding AUD.
Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran harga pada masa ini agak menurun meskipun tekanan impulsif baru-baru ini semalam. Selepas laporan ekonomi yang lemah dari Australia, USD berjaya melanjutkan peningkatan. Walau bagaimanapun, disebabkan pembentukan Perbeaan Kenaikkan Harga (Bullish Divergence) yang baru-baru ini, terdapat peluang harga yang lebih tinggi yang dapat menaikkan harga di atas kawasan 0.7150 ke arah kawasan 0.7300. Susulan daripada harga berada di atas tahap 0.7050, terdapat peluang-peluang tertentu untuk mengimbangi pergerakan kenaikan harga yang kuat.
SOKONGAN: 0.7050
RINTANGAN: 0.7150, 0.7300
KECENDERUNGAN: MENURUN
MOMENTUM: VOLATILITI
