Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Fundamental GBP/USD untuk 6 November 2018

parent
Analisis Forex:::2018-11-07T01:27:59

Analisis Fundamental GBP/USD untuk 6 November 2018

Dagangan mata wang GBP / USD telah agak impulsif dengan peningkatan kenaikan harga baru-baru ini. Harga didagangkan di atas kawasan 1.3050 dengan sesi penutupan harian. Menjelang laporan ekonomi yang memberi impak tinggi yang akan diterbitkan pada minggu ini, GBP sedikit lebih kukuh berbanding dengan USD yang mungkin menggalakkan momentum kenaikan harga selanjutnya pada masa depan.

Dagangan mata wang GBP memperoleh momentum impulsif berbanding USD pada minggu lepas berikutan daripada Bank of England (BOE) meninggalkan kadar rasmi pada catatan sebanyak 0.75%. Sebaliknya, beberapa laporan ekonomi mendedahkan hasil yang kurang memuaskan. Baru-baru ini Laporan PMI Perkhidmatan UK diterbitkan dengan penurunan kepada paras bacaan sebanyak 52.2 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 53.9 yang dijangka berada pada paras bacaan sebanyak 53.4. Walau bagaimanapun, dagangan mata wang GBP berjaya mengekalkan momentum menaik pada sesi penutupan harian yang menunjukkan kelemahan terhadap mata wang USD. Pada hari Jumaat minggu ini, laporan KDNK akan diterbitkan yang dijangka meningkat kepada catatan sebanyak 0.1% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.0%, Pengeluaran Perkilangan dijangka meningkat kepada 0.1% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak -0.2%, KDNK Prelim boleh meningkat kepada 0.6% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.4%, dan Pelaburan Perniagaan Prelim juga dijangka meningkat kepada 0.0% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak -0.7%.

Sebaliknya, laporan Purata Pendapatan Sejam AS diterbitkan dengan penurunan kepada 0.2% seperti yang dijangkakan daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.3%, Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang meningkat kepada 250k dari angka sebelumnya iaitu sebanyak 118k yang dijangka berada pada 194k, dan Kadar Pengangguran kekal tidak berubah pada catatan sebanyak 3.7% seperti yang dijangkakan. Di samping itu, minggu ini PMI Bukan-Pembuatan ISM diterbitkan dengan penurunan kepada paras bacaan sebanyak 60.3 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 61.6, pengurangan yang lebih baik daripada jangkaan kepada paras bacaan sebanyak 59.3. Para pelabur pada hari ini bersedia untuk hari yang bergolak untuk dagangan mata wang USD di tengah pilihan raya pertengahan kongres. Pengundi akan memilih semua 435 ahli Dewan Rakyat AS dan 34 anggota kepada Senat. Menjelang pembaharuan dasar, yang akan diumumkan pada hari Khamis yang dijangka tidak berubah pada catatan kepada 2.25%, USD dijangka menjadi sangat terpengaruh terhadap setiap kejutan sepanjang perjalanan.

Sementara itu, GBP agak optimistik dengan laporan ekonomi berdampak tinggi yang akan datang. USD mempunyai peluang untuk mendapatkan momentum sekiranya berlaku perkembangan positif. Kerana USD sedang bergelut dengan GBP pada masa ini, pasangan itu mungkin akan berdagang dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah ketidaktentuan yang lebih tinggi.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. pasaran dagangan harga sedang berada di atas kawasan 1.3050 tetapi dengan momentum impulsif yang lebih lemah daripada yang dijangka untuk mengekalkan tekanan impulsif. Walaupun kecenderungan adalah menaik, tekanan penurunan harga tertentu yang membawa kepada pembetulan dan anjakan semula adalah dijangka pada hari-hari akan datang sebelum harga mula mendorong ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran ke arah kawasan 1.3200 dan kemudian ke arah kawasan 1.3350. Oleh kerana harga kekal di atas kawasan 1.2950 , pasangan itu ditetapkan untuk melanjutkan kecenderungan menaik.

SOKONGAN: 1.2850, 1.2950, 1.3050

RINTANGAN: 1.3200, 1.3350

KECENDERUNGAN: MENAIK

MOMENTUM: IMPULSIF tetapi VOLATILITI

Analisis Fundamental GBP/USD untuk 6 November 2018

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...