Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.6696. Semalam, pasangan mata wang ini meningkat dari tahap 0.6696 menghampiri ke tahap tinggi sekitar 0.6779. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.6823, dan diikuti oleh tahap 0.6867, manakala sokongan harian 1 dilihat berada pada tahap 0.6696 (gelombang penurunan harga terakhir). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih bergerak di antara tahap 0.6779 dan 0.6867; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 88pips.
Selain itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.6779, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak ke arah rintangan 0.6823 untuk mengujinya.
Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6779 dengan sasaran pertama pada tahap 0.6823 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.6867. Juga, penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.6867 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.6696, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 0.9789 boleh berlaku sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.