Emas sekali lagi diniagakan dalam aliran menurun jangka pendek. Aliran jangka panjang tidak berubah dan ia kekal menurun. Emas diniagakan sekitar tahap $1,200 pada hari ini dan untuk beberapa sesi dagangan yang seterusnya. Saya mengharapkan emas akan melantun ke arah $1,210-15.
Segitiga Merah - kawasan rintangan utama
Segitiga Magenta - kawasan rintangan
Segitiga Biru - sokongan
Emas dilihat telah menembusi tahap rendah $1,212 dan kini berdagang di atas tahap $1,200. Harga sepatutnya membuat lonjakan dari tahap semasa dan meneruskan dagangan rendah selepas ditolak di kawasan rintangan $1,210-15 (sokongan terdahulu). Lantunan keseluruhan emas dari tahap rendah Ogos berkemungkinan besar telah hampir selesai pada tahap $1,243.50. Emas kini perlu memulakan pergerakkan yang seterusnya dan akhir ke arah $ 1,000 atau lebih rendah. Prospek kenaikkan harga kami ke arah tahap $1,260 telah dibatalkan dan kekal dengan cara ini selagi emas berdagang di bawah tahap $1,243.50.