Pasangan mata wang EUR/USD ini telah melantun seperti yang diramalkan dari tahap 1.1230 menghampiri ke arah 1.13 seperti yang dijangkakan dalam analisis terdahulu kami. Di sini, pada tahap 1.13 kita mempunyai pertemuan rintangan jangka pendek. Tahap rendah terdahulu yang pernah menjadi sokongan terletak pada tahap ini. Penarikan Semula Fibonacci 38% juga di sini. Dan rintangan penunjuk juga terletak di sini.
Titik merah - rintangan maksimum jangka pendek
Titik biru - sokongan kekuatan sederhana jangka pendek
Garis hijau - arah aliran harga yang diramalkan.
Pada carta harian, rintangan didapati terletak pada tahap 1.1375 manakala rintangan Peanrikan Semula Fibonacci 61.8% terletak pada 1.1390. Sekiranya mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi dan mengukuh di atas titik merah pada carta 4 jam, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak menuju ke arah kawasan 1.1375-1.1390. Penolakan harga pada tahap rintangan semasa 1.13 berpotensi untuk harga diniagakan ke paras terendah baru. Sokongan dilihat terletak pada tahap 1.1240-1.1220. Penembusan harga di bawah tahap ini akan menolak pasangan mata wang untuk diniagakan di bawah tahap 1.12 ke arah 1.1150.