Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD meneruskan dagangan menaik dari tahap 1.3219 dan 1.3184 dalam dagangan jangka panjang. Adalah penting untuk diingatkan bahawa sokongan telah ditubuhkan pada tahap 1.3184, yang mewakili Penarikan Semula Fibonacci 61.8% pada carta 1H. Harga diramalkan akan membentuk 'double bottom' dalam carta masa yang sama. Dengan itu, pasangan mata wang USD/CAD kini menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 1.3219. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3219 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3262 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.3300. Juga, perlu dinyatakan bahawa tahap 1.3262 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia diramalkan akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang USD/CAD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.3184, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 1.3134 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.