Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Fundamental AUD/USD untuk 15 November 2018

parent
Analisis Forex:::2018-11-15T08:10:20

Analisis Fundamental AUD/USD untuk 15 November 2018

Pasangan mata wang AUD / USD telah cukup mengagumkan dengan perolehan kenaikan harga baru-baru ini selepas melantun kawasan sokongan 0.7150-0.7200 dengan sesi penutupan harian. Walaupun terdapat laporan ekonomi baru-baru ini dari Amerika Syarikat, dagangan mata wang AUD memperoleh lebih banyak momentum di pasaran berikutan data pekerjaan yang kukuh pada hari ini.

Laporan Perubahan Pekerjaan AUD pada hari ini telah diterbitkan dengan peningkatan yang ketara kepada 32.8k dari angka sebelumnya iaitu sebanyak 7.8k yang dijangka berada pada 19.9k dan Laporan Pengangguran tidak berubah pada catatan sebanyak 5.0% yang dijangka meningkat kepada 5.1%. Selain itu, Penolong Gabenor RBA Debelle bercakap pada hari ini mengenai isu pemberian pinjaman perumahan. Di samping itu, beliau menangani masalah pembayaran balik peminjam, jadi beliau mencadangkan beberapa dasar untuk mengurangkan kejutan masa depan disebabkan masalah pinjaman dan monetari.

Sebaliknya, laporan CPI Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini diterbitkan dengan peningkatan kepada 0.3% seperti yang dijangkakan daripada nilai sebelumnya iaitu sebnyak 0.1% dan IHP Teras juga meningkat kepada 0.2% seperti yang dijangkakan daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.1%. Bacaan itu adalah selaras dengan jangkaan, namun USD gagal memperoleh momentum yang menunjukkan kelemahan sementara mata wang Amerika Syarikat (USD). Acara yang bergerak di pasaran hari ini adalah ucapan Ketua FED Powell yang dijangka memberi isyarat kenaikan kadar yang lain pada tahun ini. Oleh itu, USD boleh memperoleh sokongan daripada kenyataan Powell sebelum hujung minggu.

Sementara itu, AUD sedikit kukuh terhadap fundamental dan teknikal yang mungkin membawa keuntungan tertentu dalam pasangan itu, tetapi masih terdapat peluang untuk mendapatkan semula momentum susulan daripada ucapan Powell mungkin mengandungi kenyataan hawkish yang akan mendorong kenaikkan dolar. Sekiranya AS menyediakan statistik yang kukuh pada hari-hari yang akan datang, kebimbangan dan pembetulan yang selanjutnya mungkin berterusan di pasaran lebih lama. Sekiranya tidak, AUD mungkin menetapkan aliran kenaikan harga impulsif yang kuat pada masa akan datang.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga kini menolak ke tahap yang lebih tinggi ke arah kawasan 0.7300 dari mana mata wang tersebut mempunyai kebarangkalian untuk menolak ke tahap yang lebih rendah ke arah kawasan 0.7150-0.7200. Walaupun struktur harga baru-baru ini berada dalam julat, tekanan kenaikan harga selanjutnya akan berterusan dengan sasaran ke arah kawasan rintangan 0.7450-0.7500 pada masa akan datang memandangkan harga menembusi di atas 0.7300 dengan sesi penutupan harian. Berikutan daripada harga kekal di atas kawasan 0.7150-0.7200, kecenderungan kenaikkan harga adalah dijangka berterusan.

SOKONGAN: 0.7150, 0.7200

RINTANGAN: 0.7300, 0.7450, 0.7500

KECENDERUNGAN: MENAIK

MOMENTUM: IMPULSIF

Analisis Fundamental AUD/USD untuk 15 November 2018

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...