Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 16 November, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-11-16T10:17:50

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 16 November, 2018

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 16 November, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Titik Pangsi: 1.3072.

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah menembusi tahap rintangan, yang bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 1.2925. Pasangan mata wang kini berdagang di atas tahap ini. Ia berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam julat harga yang lebih tinggi selagi ia kekal diniagakan di atas tahap sokongan (1.2925), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan bergerak lebih tinggi dan strukturnya tidak kelihatan seperti pembetulan harga. Harga masih diniagakan di bawah EMA 100, oleh yang demikian, tinjauan kenaikkan harga kekal sah selagi EMA 100 menuju ke tahap yang lebih tinggi. Dari sudut pandangan ini, rintangan pertama dilihat berada pada tahap 1.3072, dan diikuti oleh tahap 1.3176, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada 1.3000 (Penarikan Semula Fibonacci 50%). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan masih bergerak di antara tahap 1.3000 dan 1.3176; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 176 pip. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3000 dengan sasaran pertama pada tahap 1.3072 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.3176. Selain itu, tahap 1.3176 adalah merupakan lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia diramalkan akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.3000, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 1.2925 boleh berlaku, yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga. Secara keseluruhannya, kami masih memilih senario kenaikkan harga, yang menyatakan bahawa pasangan mata wang ini akan berada di bawah zon 1.2840.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...