Emas diniagakan tinggi semalam pada tahap $1,228.40 tepat pada penarikan semula Fibonacci 78.6% dan telah ditolak. Harga telah ditarik semula ke arah tahap $1,220 dan RSI menunjukkan isyarat perbezaan (divergence) penurunan harga.
Segitiga merah - kawasan rintangan utama
Garis biru - perbezaan (divergence) penurunan harga
Garis hijau - garis arah sokongan
Emas diniagakan di kawasan rintangan utama menurut kepada tahap Fibonacci kami. Divergence (perbezaan) penurunan harga RSI memberikan kami amaran yang menyokong jangkaan kami untuk pembalikan menurun harga Emas. Sokongan kini terletak pada tahap $1,219. Sokongan utama adalah pada garis aliran hijau dan meningkat pada tahap $1,204. Penembusan harga di bawah garis aliran hijau akan mengesahkan prospek penurunan harga kami. Stop Loss untuk penurunan harga terletak di kawasan rintangan merah. Emas tidak boleh menembusi tahap rintangan tersebut. Untuk dagangan jangka pendek, harga berkemungkinan besar akan membuat satu lagi corak harga tinggi baru yang lebih tinggi ke arah $1,230-33. Sekiranya corak harga tinggi yang lebih tinggi ini memberikan emas tahap tinggi RSI yang lebih rendah, aliran menaik harus berhati-hati kerana ia akan meningkatkan peluang pembalikan menurun.