Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 22 November, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-11-22T08:43:31

Analisis Teknikal Emas untuk 22 November, 2018

Emas meneruskan dagangan berhampiran tahap tinggi semasa dan di bawah rintangan utama pada tahap $1,243.50. Aliran dagangan jangka pendek masih menaik tetapi saya lebih cenderung untuk menjadi neutral atau menurun pada tahap harga semasa atau lebih tinggi selagi emas diniagakan di bawah tahap $1,243.50. Terdapat beberapa isyarat amaran untuk aliran menaik yang tidak boleh diabaikan.

Analisis Teknikal Emas untuk 22 November, 2018

Segitiga merah - kawasan rintangan utama

Garis biru - perbezaan (divergence) penurunan harga

Garis Hijau - garis aliran sokongan utama

Emas mempunyai rintangan yang terletak pada tahap $1,232, walau bagaimanapun paras perubahan arah utama ialah pada tahap $1,243.50. Tahap tinggi Oktober. Sementara sokongan pula terletak pada tahap $1,219.70 dan jika ditembusi, saya akan menjangkakan pergerakkan menurun kuat yang akan mendorong harga untuk bergerak ke arah garis aliran sokongan condong hijau. Untuk dagangan jangka pendek, kebrangkalian untuk corak harga tinggi yang lebih tinggi ke arah $1,232 adalah tinggi. Walau bagaimanapun, para pedagang disarankan untuk berhati-hati dengan perbezaan (divergence) RSI menurun. Sekiranya emas membuat tahap tinggi dan perbezaan berterusan, saya lebih suka untuk mengambil pesanan menjual dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap $1,243.50. Jika tidak, mana-mana isyarat penurunan harga dengan penembusan harga di bawah tahap $ 1,220 akan menyebabkan emas diniagakan lebih rendah dengan Stop Loss ditetapkan pada tahap tinggi semasa.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...