Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang AUD/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.7185. Minggu ini, pasangan mata wang ini telah melonjak naik dari tahap 0.7185 menghampiri ke tahap tinggi sekitar 0.7299, walau bagaimanapun, ia telah memperlihatkan lantunan semula harga pada tahap 0.7242. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7299, dan diikuti oleh tahap 0.7352, manakala sokongan harian 1 pada tahap 0.7185 (Penarikan Semula Fibonacci 50%). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang AUD/USD ini masih bergerak di antara tahap 0.7250 dan 0.7352; oleh itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 102 pips. Justeru itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7299, harga dijangkakan akan meningkat lebih tinggi (0.7299) untuk mengujinya. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7299 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7352 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.7394. Selain itu, ia adalah penting untuk diperhatikan bahawa tahap 0.7394 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang AUD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7185, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7069 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.