Pasaran diniagakan tenang pada hari ini. Mungkin disebabkan oleh cuti sempena Thanksgiving Amerika Syarikat dan pada hari ini hanya setengah hari kerja. Oleh yang demikian, kami tidak menjangkakan banyak tindakan akan dilihat sebelum bermulanya minggu hadapan.
Kami terus cenderung terhadap penurunan harga dan penembusan harga di bawah tahap sokongan 127.94 untuk menurun ke arah tahap 123.66 untuk melengkapkan gelombang (E) dan tahap rendah jangka panjang akan mengambil tempat untuk rali impulsif seterusnya.
Rintangan kini dilihat terletak pada tahap 129.05 dan lebih penting pada tahap 129.23. Hanya penembusan harga di atas tahap tersebut akan membatalkan prospek penurunan harga kami dan mendorong harga ke arah 130.13 dalam perjalanan ke tahap yang lebih tinggi pada 133.00.
R3: 130.13
R2: 129.40
R1: 129.06
Pangsi: 128.90
S1: 128.40
S2: 128.00
S3: 127.74
Cadangan Perdagangan:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual EUR dari tahap 128.75 dengan menetapkan pesanan stop+revers pada tahap 129.50.