Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CAD untuk 29 November, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-11-30T01:54:01

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 29 November, 2018

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 29 November, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CAD meneruskan dagangan menaik dari tahap 1.3216. Semalam, pasangan mata wang ini melonjak dari tahap 1.3216 (tahap 1.3216 adalah bertepatan dengan Fibonacci 38.2%) menghampiri ke tahap tinggi sekitar 1.3358 namun melantun ke arah harga 1.3292. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3358, dan diikuti oleh tahap 1.3413, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 1.3216. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CAD masih bergerak di antara tahap 1.3216 dan 1.3413; untuk itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 197 pips (1.3413 - 1.3216). Berdasarkan kepada carta 1 Jam, rintangan segera dilihat terletak pada tahap 1.3358, yang bertepatan dengan 'double top'. Pada masa ini, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa pasangan mata wang ini masih dalam pasaran menaik. Harga masih diniagakan di atas Moving Average (MA)(100), Oleh itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama 1.3358, kita harus melihat pasangan mata wang ini melonjak ke arah rintangan harian pada tahap 1.3413 untuk mengujinya. Ia juga adalah penting untuk mempertimbangkan di mana untuk meletakkan pesanan stop loss; ini harus ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua 1.3216.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...