
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan rendah dari tahap 1.2890 menghampiri ke arah tahap 1.2780. Harga kini ditetapkan pada tahap 1.2850. Berdasarkan kepada carta 1H, rintangan dilihat berada pada tahap 1.2890 dan 1.3001. Volatiliti pasaran adalah sangat tinggi kerana pasangan mata wang GBP/USD ini berpotensi untuk diniagakan di antara tahap 1.2829 dan 1.2725 dalam beberapa jam yang akan datang. Untuk dagangan jangka pendek, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan meneruskan dagangan dalam arah aliran menaik daripada tahap sokongan baru 1.2725 untuk membentuk saluran kenaikkan harga. Juga, perlu diperhatikan bahawa rintangan utama terletak pada tahap 1.2829, sementara rintangan segera pada tahap 1.2829. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak dari tahap 1.2725 menuju ke arah 1.2829 dan 1.2890 sebagai sasaran. Menurut carta 4H: Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 1.2890, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.2890. Oleh itu, pasaran akan meneruskan pergerakkan menurun ke tahap 1.2725 untuk kembali semula ke tahap sokongan harian. Selain itu, penembusan harga pada sasaran ini akan mendorong pasangan mata wang GBP/USD ini untuk diniagakan lebih rendah ke tahap 1.2640.