
Gambaran Keseluruhan:
Merujuk carta 4H, pasangan mata wang USD/CHF meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.9951. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 0.9951, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Tiada perubahan dalam pandangan teknikal kami. Harga kekal cenderung untuk diniagakan dalam aliran menaik pada ujian jangka pendek 1.0142 atau lebih tinggi. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 0.9951, yang bertepatan dengan titik pangsi harian. Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali sekaligus mengesahkan prospek kenaikkan harga. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF berkemungkinan besar akan diniagakan di antara tahap 0.9951 dan 1.0058. Oleh itu, sokongan kini terletak pada tahap 0.9951, manakala rintangan harian pada tahap 1.0058. Oleh yang demikian, pasaran dijangka akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik di sekitar tahap 1.0058. Dengan erti kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.0058/0.9951 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.0142; dan seterusnya ke arah tahap 1.0216. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini gagal menembusi tahap rintangan 1.0058 pada hari ini, pasaran akan melanjutkan penurunan ke tahap 0.9863.