
Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/USD telah diniagakan dalam aliran menurun. Harga dilihat telah menguji tahap 1.1350. Walau bagaimanapun, menurut carta M15, saya mendapati bahawa pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan di atas Ichimoku cloud dan harga gagal untuk bertahan di bawah tahap sokongan mingguan 1 (1.1318), yang merupakan isyarat lain untuk kenaikkan harga. Terdapat juga 'double top' (corak kenaikan harga) pada carta titik dan angka, yang merupakan isyarat lain untuk kenaikkan harga. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan membeli yang berpotensi. Sasaran untuk aliran menaik ditetapkan pada tahap 1.1370.