Pasangan mata wang EUR/USD memperlihatkan penembusan harga di bawah corak segi tiga pada minggu lalu. Ini adalah merupakan isyarat untuk penurunan harga. Pasangan mata wang ini melantun dan berpotensi untuk menguji semula sempadan segitiga yang lebih rendah pada awal minggu ini. Penolakan harga di sempadan segitiga yang lebih rendah akan menjadi isyarat untuk penurunan harga dan menyebabkan saya menjangkakan bahawa harga akan bergerak ke arah tahap 1.12 dan lebih rendah. Setakat ini, sasaran pertama terletak pada tahap 1.1270 selepas harga menembusi segitiga.

Garis merah - garis aliran rintangan utama
Garis biru - corak segi tiga
Garis hijau - Sokongan RSI
Pasangan mata wang EUR/USD melantun kembali di atas tahap 1.13. Kami menganggap lantunan ini sebagai ujian semula pada penembusan corak segi tiga. Walau bagaimanapun, jika harga bergerak kembali ke dalam segitiga, kita akan mula melihat pergerakkan ini sebagai penembusan harga yang gagal. Ini akan menjadi isyarat untuk kenaikan harga. Penembusan harga di atas sempadan segitiga menaik akan disahkan gagal dan ini akan menjadi isyarat bahawa harga akan bergerak lebih tinggi. Perubahan trend akan berlaku hanya jika rintangan garis merah ditembusi. Sementara itu, aliran menurun mahu melihat harga ditolak pada tahap 1.13-1.1320 dan bergerak lebih rendah. Jika RSI Harian menruun di bawah garis aliran sokonganhijau, kita harus menjangkakan bahawa harga akan bergerak ke arah tahap 1.11.