Harga emas melonjak seperti yang dijangkakan dari tahap Penarikan Semula Fibonacci 38%. Harga dilihat sedang menguji tahap tinggi baru-baru ini dan ia berpotensi untuk mendorong harga membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi baru ke arah $1,260 jika emas berjaya menembusi rintangan pada tahap $1,250.50.
Segitiga merah - kawasan rintangan
Segitiga hijau - sokongan jangka pendek utama
Segitiga biru - sasaran jika segitiga hijau gagal ditembusi
Garis biru - garis aliran sokongan jangka pendek
Garis hijau - garis aliran sokongan utama
Emas dilihat meneruskan pembentukkan corak harga tinggi yang lebih tinggi dan coraj harga rendah yang lebih tinggi. Tahap rendah minggu lalu adalah merupakan sokongan jangka pendek yang sangat penting. Sekiranya ditembusi, saya menjangkakan bahawa harga emas akan bergerak ke arah $1,225 dan menguji garis aliran sokongan utama. Emas akan menembusi tahap tinggi baru-baru ini pada $1,250. Ini boleh menyebabkan harga bergerak ke arah $1,260. Walau bagaimanapun, saya tidak percaya ia adalah risiko yang layak untuk membeli emas sekarang kerana saya melihat keseluruhan pergerakkan harga yang lebih tinggi dari tahap $1,196 akan berakhir sekitar $1,260 yang merupakan sasaran jangka panjang kami apabila emas menembusi tahap $1,200 pada bulan Oktober. Berhati-hati dengan aliran menaik sekarang. Emas akan terus diniagakan dalam aliran menaik tetapi saya percaya bahawa logam berharga ini perlu membuat penarikan semula harga yang lebih besar sebaik sahaja ia selesai bergerak dari $1,196, menghampiri tahap $1,260. Kawasan $1,260 merupakan rintangan utama dan saya percaya emas akan menghentikan aliran menaik di sekitar kawasan tersebut.