Pasangan mata wang EUR/USD cuba untuk menembusi tahap 1.14 setakat ini. Kemungkinan bahawa penembusan harga di bawah tahap 1.13 adalah penembusan palsu telah meningkat secara dramatik. Rintangan kuat terletak di sekitar tahap 1.1430, oleh yang demikian, para pedagang disyorkan untuk lebih berhati-hati dengan aliran menaik.
Garis hijau - Divergence (perbezaan) menaik RSI
Garis merah - garis aliran rintangan utama
Garis biru - rintangan jangka pendek
Segitiga kuning - sokongan jangka pendek utama
Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah melantun dengan kuat ke arah tahap 1.14 selepas diniagakan semula pada kawasan 1.13-1.1270. Lantunan ini adalah isyarat untuk kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, masih tiada apa-apa perubahan. Aliran menurun kekal mendominasi dagangan jangka sederhana selagi harga berada di bawah tahap 1.1430. Pasangan mata wang EUR/USD mempunyai rintangan yang terletak pada tahap 1.14-1.1430 dan bersebelahan pada tahap 1.15. Sokongan adalah kritikal pada tahap 1.1270 di mana kita melihat 'Double bottom' sedang dibangunkan. Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap 1.14 akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah 1.1520-1.16 dan lebih tinggi. Kegagalan harga untuk mengukuh di atas tahap 1.13 akan membuka jalan untuk pasangan mata wang ini bergerak ke arah tahap 1.11. Isyarat perbezaan (divergence) kenaikkan jangka panjang pada carta harian menyokong senario kenaikan harga.