Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 19 Disember, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-12-20T02:11:50

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 19 Disember, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 19 Disember, 2018

Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan kebarangkalian corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana right shoulder sedang dalam progres.

Pada carta Harian, pasangan mata wang telah bergerak mendatar dengan sedikit kecenderungan aliran menurun. Pengukuhan penurunan harga telah dikekalkan dalam saluran pergerakan harian yang digambarkan sejak Jun 2018.

Pada 13 November, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan pemulihan kenaikkan baru-baru ini sekitar tahap 1.1220-1.1250 di mana had bawah saluran serta zon permintaan yang digambarkan akan menemui pasangan mata wang.

Penetapan harga di atas tahap 1.1420 diperlukan untuk membolehkan harga diniagakan lebih tinggi ke arah tahap 1.1520. Walau bagaimanapun, pasaran telah menunjukkan penolakan penurunan harga yang ketara sekitar tahap 1.1420 beberapa kali setakat ini.

Pasangan mata wang EUR/USD ini masih terperangkap di antara tahap 1.1420 dan 1.1270 sehingga penembusan harga berlaku pada mana-mana arah pergerakkan.

Jika penembusan penurunan harga awal berlaku di bawah tahap 1.1270 dalam carta yang lebih kecil, penurunan harga yang ketara dijangkakan ke arah tahap 1.1150-1.1100.

Sebaliknya, penetapan harga menaik di atas tahap 1.1420 membatalkan senario penurunan harga yang membolehkan kenaikan yang selanjutnya akan berlaku ke arah tahap 1.1520 dan 1.1610.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...