Tinjauan Teknikal:
Carta 1H yang telah digambarkan di sini menyediakan strategi dagangan jangka pendek untuk Indeks Dolar AS. Sila ambil perhatian bahawa Indeks Dolar AS telah melonjak ke tahap 97.10, mencapai tahap rintangan pada Fibonacci 0.618 dan memperlihatkan pembalikkan harga yang ketara pada semalam. Selain itu, ia juga telah menurun di bawah garis aliran sokongan kaunter dan harga diniagakan lebih rendah di sekitar tahap 96.48. Bagi mana-mana rali menaik jangka pendek, tahap 96.80/90 berkemungkinan akan menawarkan rintangan yang kuat dan, secara idealnya, harga harus tetap berada di bawah tahap 97.10. Sementara itu, jika harga diniagakan dalam aliran menurun, rintangan Fibonacci 0.786 berpotensi untuk diuji pada tahap 97.40. Tahap kritikal penurunan harga yang perlu kekal dalam kawalan adalah pada tahap 97.71.
Pelan Perdagangan:
Kekal menjual, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 97.71, dan sasaran pada 95.00
Semoga berjaya!