Harga emas telah mencapai sasaran penarikan semula Fibonacci pada tahap 61.8%. Emas kekal diniagakan dalam trend menaik. Terdapat beberapa petunjuk bahawa harga berpotensi untuk ditarik semula tetapi kami tidak mengharapkan penarikan semula harga ini akan membentuk tahap tinggi utama.
Garis emas - garis aliran sokongan RSI
Garis hijau - garis aliran sokongan utama
Garis biru - garis aliran sokongan jangka pendek
Setakat ini, emas dilihat sedang menghampiri ke semua tahap utama sebelum ini dan garis aliran sokongan. Emas terus membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga tinggi yang lebih rendah. Harga emas telah mencapai sasaran kedua kami pada anjakan Fibonacci 61.8%. RSI berada pada tahap 'overbought' tetapi tanpa perbezaan (divergence). Ini menunjukkan bahawa harga berpotensi untuk meneruskan pergerakan tetapi harga dijangka akan membuat penarikan semula harga tidak lama lagi. Sokongan terletak pada tahap $1,257 dan seterusnya pada tahap $1,250. Selagi harga berdagang di atas tahap $1,250, aliran harga akan kekal menaik. Sasaran seterusnya selepas penarikan semula harga adalah pada tahap $1,300.