Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD ditetapkan di atas sokongan utama pada tahap 1.3531, yang bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan prospek aliran menaik. Oleh yang demikian, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 1.3531 kerana harga masih menunjukkan kenaikkan harga di atas tahap tersebut. Sehubungan itu, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam arah aliran menaik dari zon harga 1.3531 dan 1.3600. Pasangan mata wang USD/CAD ini diniagakan dalam aliran menaik dari garis sokongan terakhir 1.3531 ke arah tahap rintangan pertama pada 1.3660 untuk mengujinya. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa pasangan mata wang ini masih dalam pasaran menaik. Pasangan mata wang ini dilihat berkemungkinan akan memulakan pergerakan menaik hingga ke tahap 1.3660 dan seterusnya ke tahap 1.3727. Tahap 1.3727 akan bertindak sebagai rintangan kedua dan 'double top' sudah ditetapkan pada tahap 1.3660. Pada masa yang sama, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 1.3531 dan 1.3450, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah. Tetapi secara keseluruhan, kami masih lebih cenderung terhadap senario kenaikkan harga.