Selepas aliran kenaikan harga impulsif dan bukan-volatiliti menaikkan harga berhampiran kawasan 1.3600, pasangan mata wang USD / CAD kini sedang bergelut untuk mengekalkan momentum di atas kawasan 1.3600 dengan sesi penutupan harian. Menjelang laporan AS dan Kanada pada minggu ini, pasangan ini dijangka akan berdagang dengan tahap volatiliti yang lebih tinggi.
USD telah menjadi mata wang yang menguasai pasangan itu sejak harga melonjak dari kawasan 1.2750 dengan sesi penutupan harian. Kenaikan Kadar AS baru-baru ini kepada 2.50% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 2.25% membolehkan mata wang untuk mengekalkan momentum kenaikkan. Menjelang laporan NFP pada hari Jumaat, laporan Tuntutan Pengangguran AS pada hari ini akan diterbitkan yang dijangka akan menghasilkan hasil negatif kepada 220k dari angka sebelumnya iaitu sebanyak 216k, PMI Pembuatan ISM dijangka berkurang menjadi angka bacaan sebanyak 57.7 dari angka sebelumnya iaitu 59.3 , dan Harga Pembuatan ISM juga dijangka berkurangan kepada 57.9 daripada angka sebelumnya iaitu 60.7. Tambahan pula, Laporan Purata Pendapatan Sejam pada hari esok dijangka meningkat kepada 0.3% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.2%, Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang dijangka meningkat kepada 178k daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 155k, dan Kadar Pengangguran dijangka tidak berubah pada tahap 3.7 %.
Sebaliknya, baru-baru ini laporan PMI Pembuatan Kanada diterbitkan dengan penurunan kepada paras bacaan sebanyak 53.6 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 54.9 yang membawa USD untuk mendapatkan semula momentum berbanding CAD baru-baru ini. Selain itu, laporan Perubahan Pekerjaan Kanada pada hari esok akan diterbitkan yang dijangka mengalami penurunan yang ketara kepada 6.8k daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 94.1k dan Kadar Pengangguran dijangka meningkat kepada 5.7% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 5.6%.
Sementara itu, USD dijangka meperoleh momentum yang selanjutnya mengatasi CAD di tengah jangkaan laporan yang akan datang. Oleh itu, USD agak optimistik, dan CAD dijangka terjejas ekoran daripada laporan yang merosot. Sehingga Kanada datang dengan data ekonomi yang lebih baik pada hari-hari yang akan datang, USD dijangka memegang bahagian atas dalam pasangan.
Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga telah cukup impulsif dengan sesi penutupan harian yang menurun pada hari ini yang kini terjejas susulan daripada tekanan kenaikan harga pada hari ini. Walau aliran yang kukuh menaik, pembetulan tertentu di sepanjang laluan dan pembentukan Perbezaan Penurunan Harga (Bearing Divergence) pada carta mingguan menunjukkan bahawa beberapa tekanan penurunan harga boleh diperhatikan di sepanjang laluan. Harga kini dijangka akan susut ke arah kawasan 1.3500 sebelum menolak ke tahap yang lebih tinggi ke arah kawasan rintangan 1.40 pada masa akan datang. Berikutan daripada harga kekal di atas kawasan 1.3200 dengan sesi penutupan harian, kecenderungan kenaikkan adalah dijangka berterusan.
SOKONGAN: 1.3200, 1.3350, 1.3500
RINTANGAN: 1.3700, 1.3850, 1.4000
KECENDERUNGAN: MENAIK
MOMENTUM: VOLATILITI