Laporan pasaran buruh Kanada untuk bulan Disember diramalkan menurun setelah pekerjaan menyaksikan kenaikkan yang sangat kukuh pada bulan November (94.1K). Bulan lalu, sebanyak 9.3K pekerjaan telah dilaporkan - menghampiri ramalan yang mengunjurkan 10K - hasil daripada peningkatan kerja sambilan, yang mempunyai kesan negatif. Kadar pengangguran kekal pada 5.6%, tetapi kadar pertumbuhan upah tidak berubah - 1.5% y/y. Dalam kedua-dua kes, kenaikan 0.1 titik peratusan telah dijangkakan.
Mari kita lihat pada gambaran teknik USD/CAD pada carta 4H. Data Kanada tidak dapat dibandingkan dengan laporan kerja AS dan laporan USD/CAD menunjukkan kenaikkan dari tahap 1.3435 menghampiri ke tahap 1.3470, walaupun para pelabur cepat beralih untuk mengurangkan peningkatan. Pada masa ini, pasaran didagangkan di sekitar tahap 1.3273 ekoran kesinambungan aliran menurun. Sasaran seterusnya dilihat terletak pada tahap 1.3253 yang merupakan sokongan yang sangat penting untuk aliran menaik. Mana-mana penembusan harga yang seterusnya di bawah tahap ini akan mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah menghampiri ke arah tahap 1.3218. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa keadaan pasaran sekarang sangat 'oversold' walaupun momentum begitu lemah dan sangat negatif.