Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan di atas tahap 1.14 dan di bawah kawasan rintangan utama pada tahap 1.1475. Aliran harga jangka sederhana kekal neutral kerana harga masih berada dalam julat dagangan dalam tempoh dua bulan yang lalu. Aliran harga jangka pendek adalah menaik selagi pasangan mata wang ini diniagakan di atas tahap 1.14.
Garis hijau - garis aliran sokongan utama
Garis merah - rintangan kekuatan maksimum
Garis biru - sokongan kekuatan sederhana
Garis biru - sasaran menaik
Pasangan mata wang EUR/USD kekal diniagakan dalam julat dagangan dua bulan dan masih dalam arah aliran penurunan harga jangka panjang sejak tahap 1.2555 pada bulan Februari 2018. Pasangan mata wang EUR/USD mempunyai sokongan utama pada tahap 1.13 dan jika tahap ini ditembusi, kami akan melupakan sasaran kenaikan pada tahap 1.17 dan lebih tinggi. Penutupan mingguan di atas tahap 1.1480 akan membuka jalan untuk bergerak sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.17. Perbezaan (divergence) aliran menaik dalam carta harian RSI menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak peluang untuk harga bergerak lebih tinggi.