Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan kebarangkalian corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana right shoulder sedang dalam progres.
Pada carta Harian, pasangan mata wang telah bergerak mendatar dengan sedikit kecenderungan aliran menurun. Pengukuhan penurunan harga telah dikekalkan dalam saluran pergerakan harian yang digambarkan sejak Jun 2018.
Pada 13 November, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan pemulihan kenaikkan baru-baru ini sekitar tahap 1.1220-1.1250 di mana had bawah saluran serta zon permintaan yang digambarkan akan menemui pasangan mata wang.
Penetapan kenaikkan harga di atas tahap 1.1420 diperlukan untuk meningkatkan pergerakan menaik selanjutnya ke arah tahap 1.1520. Walau bagaimanapun, pasaran telah menunjukkan penolakan penurunan harga yang ketara sekitar 1.1420 beberapa kali setakat ini.
Itulah sebabnya, pasangan mata wang EUR/USD ini telah terperangkap di bawah tahap harga 1.1420 menunggu penembusan harga sejak November 5.
Hari ini, satu lagi cubaan penembusan harga menaik di atas tahap 1.1420 sedang dilaksanakan. Kegigihan aliran menaik di atas tahap 1.1420 membolehkan harga bergerak ke arah tahap 1.1520 (had menaik saluran harian) dan 1.1600 (tahap tinggi Oktober) sebagai sasaran permulaan.
Sementara itu, mana-mana penurunan harga di bawah tahap utama 1.1420 akan mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah hingga ke tahap 1.1260 sekali lagi.