Emas dilihat masih belum membuat tahap tinggi baru. Harga seolah-olah akan diniagakan mendatar sebagaimana ia kini dalam fasa pembetulan/pengukuhan harga jangka pendek sebelum gelombang menaik yang seterusnya dilihat. Harga kekal berdagang dalam saluran kenaikan harga dan di atas sokongan jangka pendek, oleh itu, pasaran kekal menaik.
Segitiga hijau - kawasan sokongan
Garis ungu - saluran kenaikkan harga
Garis hitam - corak segi tiga yang berkemungkinan
Emas mungkin membentuk corak segi tiga. Sekiranya ini berlaku, penembusan harga di atas tahap $1,298 akan menjadikan tahap $1,320-25 sebagai sasaran penembusan segitiga. Kita juga perlu memerhatikan RSI untuk melihat sama ada harga mempunyai isyarat penurunan harga. Setakat ini, kami masih menimbang bahawa harga akan berada dalam arah aliran menaik, selagi harga mengukuh di atas tahap $1,270. Penembusan harga di bawah tahap $1,270 akan meletakkan aliran menaik jangka sederhana dan sasaran $1,350 dalam bahaya.