Gambaran Keseluruhan:
Pangsi: 0.7112.
Pasangan mata wang AUD/USD ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 0.7046, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 23.6%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan prospek aliran menaik. Oleh yang demikian, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 0.7046, kerana harga masih menunjukkan pengukuhan di atas tahap tersebut. Sehubungan itu, pasangan mata wang ini masih dalam arah aliran menaik dari kawasan harga 0.7046 dan 0.7168. Pasangan mata wang AUD/USD kini diniagakan dalam aliran menaik dai garis sokongan terakhir 0.7112 ke tahap rintangan pertama pada 0.7168 untuk mengujinya. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa pasangan mata wang AUD/USD ini masih dalam pasaran aliran menaik. Pasangan mata wang kini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.7168 dan seterusnya ke tahap 0.7219. Tahap 0.7389 akan bertindak sebagai rintangan utama dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.7389. Pada masa yang sama, jika terdapat penembusan harga pada tahap sokongan 0.7112 dan 0.7046, senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal. Tetapi secara keseluruhannya, kami masih cenderung terhadap prospek senario kenaikan harga.